Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Guru spiritual palsu, selepas berada di neraka untuk masa yang tak terkira dan tak terhad, jika berpeluang untuk dilahirkan semula, mereka takkan diberi hormat untuk berada dlm badan manusia tetapi akan dilahirkan semula sebagai syaitan. Sekarang, itu lebih kurang sesuatu angka tetapi ada lebih daripada itu. Dalam agama Buddha atau agama Hindu pun, ada banyak peringkat kalpa yang berlainan. Peringkat kalpa tertinggi adalah 1.3 trilion tahun Bumi. […] Apabila anda menderita, satu hari saja pun, kelihatan dahsyat dan selama-lamanya, apalagi berbilion-bilion atau bertrilion-trilion dan berzilion-zilion tahun. Itu jenis perasaan yang dahsyat, tak terhad. Apabila anda terbakar secara berterusan di neraka, tiada siang, tiada malam bagi anda. Suasana akan gelap-gelita, hanya api pada anda.Ya Tuhan, tolonglah sedar. Tolong jangan cuba menipu orang lagi. Bertaubatlah, merendah diri. Memohon ampun daripada Tuhan dan semua Guru di semua arah. Tuhan sentiasa ada di sekeliling kita. Semua Guru sentiasa ada di sekeliling kita dalam Kuasa Mereka, dalam Kuasa spiritual Mereka. Jadi percayalah kepada Mereka, berdoa kepada Mereka, mohon ampun. Tolonglah, tolonglah, tolonglah. Begitu menyakitkan bagi saya berfikir pun bhw mana-mana drpd anda boleh jatuh ke dalam jenis neraka itu dan begitu banyak menderita! Tolonglah sedar! Tiada apa-apa yang berbaloi bagi roh anda menderita selama-lamanya Tiada apa-apa pun di dunia ini yang berbaloi. Ini hanyalah rumah inap sementara, hotel sementara. Tolonglah sedar.Kita akan pergi berseorangan dengan tangan kosong. Apa gunanya kumpulkan apa-apa lebih daripada apa yang anda perlukan kecuali apa yg Tuhan berikan kpd anda? Jika anda kaya, ini kerana Tuhan kurniakan itu kepada anda disebabkan pahala anda dalam hayat lampau atau hayat ini. Jika anda miskin, itu keadaan yg serupa. Semuanya karma, tapi kita akan tinggalkan semuanya. Tolonglah sedar. Tolong bertaubat, merendah diri dan cari Tuhan, cari makrifat sebenar. Anda ialah satu-satunya orang yg dapat memutuskan untuk bantu roh anda dan Guru akan datang jika anda cari pembebasan dengan ikhlas.Tolonglah, tolong jangan ambil ringan semua kata saya. Saya bukan ada terlalu banyak masa dan tiada apa-apa untuk dibuat, jadi cakap banyak, bukan macam itu. Saya lebih suka tidak bercakap kerana jika saya bercakap, saya juga kehilangan tenaga spiritual dan mata pahala saya. Jika ia disiarkan ke seluruh dunia, begitu banyak orang saksikannya, maka saya juga perlu berkongsi karma mereka meskipun mereka bukan anak murid saya, anak murid Tuhan saya.Segalanya yang anda buat utk manusia, anda perlu tanggung karma mereka, lebih atau kurang. Jadi anda mesti ada kuasa besar dengan Rahmat Tuhan baru dapat menahan karma mereka dan terus hidup, mengajar mereka atau nasihati mereka jika mereka dengar.Seperkara lagi, satu lagi rahsia untuk anda. Saya akan bercakap tentang diri sendiri. Contohnya, jika saya tinggal di mana-mana, saya perlu menanggung karma orang sedekat mungkin di sekeliling saya atau beri lebih banyak karma kpd saya daripada orang yang lebih jauh. Tetapi umumnya, mana-mana Guru akan berkati seluruh dunia, syukurlah. Contohnya, jika saya tinggal di rumah dalam kalangan penghuni, maka bergantung kepada rumah apa, saya akan mengambil lebih atau kurang karma setiap hari, dari dua titik sesuatu hingga mungkin lima titik sesuatu peratus karma orang.Ini bergantung kepada apa jenis orang di sekeliling rumah saya, misalnya macam itu. Jadi di sesetengah rumah, saya rasa lebih selesa drpd rumah lain tapi tak banyak bezanya. Jika kita tinggal jauh dari orang, maka kita alami pengaruh karma yang kurang. Sebab itulah banyak Santo dan Orang Suci memilih kawasan gunung untuk tinggal jauh dari orang, malah dari laut kerana laut juga ada banyak makhluk ghairah di dalamnya, makhluk zombi yang bersembunyi di dalam air. Hutan dan gunung juga ada makhluk gunung atau makhluk hutan tetapi mereka lebih baik hati. Mereka tidak seperti hantu dan syaitan ghairah yang tinggal di bandar dalam bentuk manusia atau yg tinggal berdekatan secara tak nampak dalam kumpulan jenis mereka sendiri. Jadi sebenarnya kita tak selamat sepenuhnya di mana pun.Kita hanya selamat dlm Dakapan Tuhan, dalam Pelukan Tuhan – jika kita sentiasa ingat akan Tuhan, jika anda ada Guru, jika anda sentiasa ingat akan Tuhan dan Guru anda, maksud saya Guru sebenar anda, Orang berkuasa – bukan sesiapa saja yang mencukur rambut, tidak sentiasa mematuhi 250 rukun, makan apa-apa saja yang ditawarkan kepada mereka, telur dan susu pun, serta hanya melafazkan kitab Buddha yang mereka tak faham apa-apa pun. Menurunkan Lima Rukun, menggelar diri sebagai guru spiritual dan memanggil mereka yang taat, datang dengan tawaran untuk mereka sebagai anak murid. Taklah begitu senang macam itu. Tak begitu senang. Jika tidak, kita ada begitu banyak biksu, paderi, biksuni, imam, guru spiritual dan segala jenis pendeta tetapi dunia masih dalam huru-hara, kesusahan, peperangan, bencana, malah wabak kerana orang-orang ini tidak bermakrifat atau bermakrifat dengan rendah sekali, tak cukup tinggi untuk bantu pengikut mereka serta menaikkan roh dan minda mereka bagi menyelamatkan seluruh dunia.Saya takkan mohon maaf atas beritahu kebenaran. Jika mereka marah dgn saya, saya akan terpaksa menerima itu, atau hantarnya balik kepada mereka. Apa-apa yang mereka berikan kpd saya yang saya tak wajar dapat, ia akan dikembalikan kpd mrk banyak kali ganda atau sekurang-kurangnya sama banyak kerana aura saya tidak menerimanya. Karma yang diambil daripada orang jahil yang lain dengan Rahmat Tuhan adalah berbeza. Mereka orang yang jahil. Tiada sesiapa yang ajar mereka dgn baik. Mereka benar-benar tidak memahami alam spiritual dan akibat tindakan mereka. Jadi dalam kes karma yang ringan, Guru boleh uruskan dan bantu mereka.Dalam sesetengah kes yang lebih berat, mereka perlu pergi ke neraka dulu untuk bersihkan sebahagiannya, kemudian Guru boleh bawa mereka ke atas untuk dilahirkan semula sebagai manusia tanpa penderitaan. Mereka akan perlu jalani kehidupan yang mulia, mendapat pengajaran daripada neraka tentang betapa banyak penderitaan bagi mereka sebagai akibat tidak mulia, tidak bermoral dan memudaratkan makhluk lain, misalnya macam itu.Tetapi guru spiritual palsu perlu berada di neraka mungkin selama-lamanya, jangka masa selama-lamanya, tidak terhad. Apabila mereka berpeluang untuk dilahirkan semula, mereka takkan dengan serta-merta menjadi manusia tetapi sebagai syaitan di jenis alam tiada tempat untuk didiami – itu namanya, ‘alam tiada tempat untuk didiami’ – selama banyak gazilion kalpas lagi, atau mungkin status yang lebih rendah daripada syaitan. Saya hanya sebut satu atau dua contoh di sini. Jika tidak, akan selama-lamanya. Itu akan menjadi buku jika saya nak beritahu anda segalanya secara terperinci Seperti bagi perkataan ‘kalpas’ pun: ada banyak peringkat kalpa, yang minimum, yang sederhana dan yang maksimum, seperti apa yang saya beritahu anda tadi.Selepas Tuhan beritahu saya bahawa saya tak harus sendiri menyelamatkan mana-mana orang di zon bencana atau di zon perang pun, atau berikan apa-apa kepada mereka, saya begitu hancur hati. Saya asyik menangis. Saya masih begitu. Saya masih menangis sekarang ini memikirkan itu. Adalah menyayat hati bagi saya melihat orang-burung terbang jauh dan saya tak dapat beri makan kepada mereka, atau orang-tikus atau -tupai pun, apa-apa saja yang saya lihat di dunia ini menderita akibat tak cukup makan, kekurangan keselamatan dan kekurangan keterjaminan dari banyak segi. Saya harap saya dapat bantu seluruh dunia. Ketika saya masih muda lagi, sewaktu pergi bercuti bersama bekas suami saya, saya menulis banyak puisi yang anda boleh lihat perasaan saya pada masa itu lagi. Seperti saya ingin miliki khazanah makanan untuk bantu semua makhluk planet ini di seluruh dunia.Buddha’s Sadness (Nỗi Buồn Bồ Tát) Poem composed by Supreme Master Ching Hai (vegan) in Her late 20sAku berhasrat untuk mencari jelapang syurga Untuk menabur di gunung dan hutan, Agar setiap burung boleh panas dan cukup makan Apabila aku nampak mereka pada hari musim sejuk yang sejuk Sayap dan bulu pelepah kusut-masai, mencari cebisan makanan!Aku berhasrat utk kongsi semua hidangan, berkhasiat dan enak Dengan kucing kurus kering di hutan, merayau-rayau dan lapar Hidup secara diam-diam di rumah ibadat yang ditinggalkan Siang hari yang panas terik dan malam hari yang hujan, kurus kering dan semakin susut!Aku bersimpati dengan rusa dan kambing di gunung berbatu-batan Merayau-rayau sepanjang hari, tiada daun kering yang mencukupi Cenuram berceracak yang sunyi seperti makam purba Di mana mereka boleh jumpai rumput manis dan anak sungai nektar!Hati Santo sedih selama-lamanya Sumpah untuk menyelamatkan dunia, akankah ia terlaksana? Aku berlutut dan menegaskan sekali lagi kepercayaanku kepada Pencipta Dan merayu kepada Dia supaya memulihkan planet ini.Sekarang saya lagi sensitif dengan penderitaan semua makhluk. Jadi tidak kira sama ada Tuhan menghukum saya atau neraka menghukum saya – atau tidak pun – saya menderita setiap hari kerana tak dapat lupakan semua makhluk di sekeliling saya di planet ini – manusia dan banyak makhluk yang lain termasuk pokok apabila mereka dengan tak berdaya ditetak ke dalam badan mereka, kemudian dipotong menjadi potongan sementara mereka masih hidup, sihat dan baik.Dan Buddha juga berkata bahawa jika anda berikan benda kepada orang yang tidak suci pun, maka kedua-duanya tiada pahala, pemberi dan penerima juga. Pada zaman Buddha, banyak orang membuat tawaran kepada biksu dan biksuni. Para biksu dan biksuni ini adalah suci, betul-betul mengikut Buddha. Orang yang percaya kepada Buddha juga berhati murni, jadi mereka boleh beri sedekah atau derma untuk membuat mereka sesihat dan sesejahtera mungkin. Jadi jika kita memberi kepada orang dalam hati kita tetapi hati kita tidak murni, maka kita tak mendapat apa-apa pun. Tetapi apa yang lebih teruk, kita akan berintegrasi dengan karma dunia orang-orang ini. Contohnya, jika anda berikan sesuatu kepada pengemis tanpa kasih sayang dalam hati anda dan jika pengemis itu benar-benar tidak suci, tak perlukannya secara ikhlas, maka anda akan masuki alam pengemis. Mungkin anda menjadi pengemis pada sesuatu masa dalam hayat ini atau hayat seterusnya, hayat lain. Macam itulah. Jadi segalanya yang kita buat di dunia ini memang berbahaya kepada kesejahteraan dan kemajuan spiritual kita. Jadi pastikan apa-apa pun yg anda buat, sentiasa berhati murni. Sekurang-kurangnya jika anda suci, anda takkan diheret ke dalam alam karma individu atau kumpulan yang anda nak bantu itu.Photo Caption: Pengorbanan untuk Keseronokan Anda!