Cari
Bahasa Melayu
 

Kemenangan Menentang Alam Ganggu Keamanan, Bahagian 4 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hari ini, manusia telah berbuat begitu banyak dosa dan jalani jenis kehidupan yang begitu menjatuhkan martabat di Bumi sehingga banyak bencana juga terjelma dengan bantuan iblis, syaitan atau disebabkan oleh mereka juga. Mereka bawanya ke sana sini dalam bentuk manusia. Walaupun mereka tiada roh, mereka berkuasa untuk membuat diri kelihatan seperti manusia, atau mereka meminjam mayat si mati, macam pemindahan segera. Orang itu baru hembuskan nafas terakhir dan tinggalkan badannya, maka syaitan yang berdiri di tepi di sesuatu tempat berdekatan akan segera menggunakan peluang itu untuk merasuk badan itu, kemudian bangun. Doktor berfikir, “Oh, pesakit belum mati! Mereka hidup semula.” Macam itulah. Tiada sesiapa yang tahu bahawa orang itu telah mati dan mayat itu didiami oleh entiti lain, bukan entiti pemurah dan akibatkan kacau-bilau kepada negara yang mereka diami.

Contohnya, seperti di Âu Lạc (Vietnam), baru-baru ini ada sangat banyak bencana, banyak orang mati, banyak harta benda rosak, banyak orang kehilangan tempat tinggal dan begitu banyak menderita. Tapi saya dah beritahu anda, saya tak nak beritahunya lagi. Masalahnya, Trần Tâm bukan satu-satunya orang yang boleh melakukan semua itu. Ada orang lain, manusia lain yang kelihatan normal, malah mungkin berkhutbah dan juga ada banyak pengikut tetapi mereka bukan manusia. Mereka berada di sini utk akibatkan kacau-bilau, menyebabkan bencana, menimbulkan kesusahan untuk Âu Lạc (Vietnam), contohnya. Jika mereka pergi ke Thailand, mereka akan timbulkan kesusahan di sana juga, membuat bising dan segala jenis perkara, pergi bersama-sama, memperkukuh bersama-sama dalam kumpulan atau sesuatu, macam suatu jenis perhimpunan yg ikut fesyen.

Adalah sukar bagi sesiapa tahu siapa ialah siapa. Sesiapa yang tahu dan beritahu orang lain, tiada sesiapa, tiada orang lain yang akan percaya kerana maya juga ada kuasa yang amat besar. Tiada sesiapa yang akan percaya kepada orang yang dapat lihat mereka sebagai entiti sebenar yg menggerunkan. Sebaliknya, orang yang memberitahu itu, ya Tuhan, akan diserang, dipukul atau difitnah tanpa penghujungnya. Jadi dengan perlahan-lahan tiada sesiapa yang berani mengatakan apa-apa. Meskipun seseorang masih bercakap benar, tiada sesiapa yang percayai mereka kerana pada masa itu sudah terlambat dan mereka tiada banyak bukti untuk berkata.

Perkara ini tak dapat dilihat. Entiti astral, entiti syaitan ada kuasa. Mereka dapat jelmakan jenis-jenis benda yang berlainan dan gunakan kuasa mereka untuk memikat orang. Begitu banyak orang akan ikut mereka. Mereka malah akan menjadi terkenal. Sesetengahnya memperoleh wang dan nikmati kehidupan mewah. Sesetengahnya buat sebaliknya supaya orang lebih percayai mereka dan memuja mereka. Macam itulah. Tetapi ini disebabkan oleh seluruh planet secara keseluruhannya, karma besar dunia. Bukanlah kita boleh menyalahkan satu atau dua orang atau kumpulan. Itu masyarakat yang telah banyak merosot. Orang baik sangat sedikit, ada lebih banyak orang jahat dan lebih banyak terpengaruh dgn buruk untuk menjadi jahat juga, atau ada konsep atau kepercayaan yang salah. Jadi tenaganya tak begitu bermanfaat. Itu saja.

Kita tak boleh hanya menyalahkan satu atau dua orang, atau satu atau dua kumpulan pun. Tetapi kita tak boleh menyalahkan manusia juga kerana manusia adalah lemah. Sejak lama dahulu lagi, mereka sudah lupa mereka ialah apa, berapa megahnya Rumah sebenar mereka dan berapa berkuasanya mereka sebagai makhluk, anak Tuhan. Ini situasi yang sangat kesian. Jadi semua Guru buat segalanya yang boleh untuk buka Mata Kebijaksanaan mereka, biar mereka nampak Kebenaran di dalam Kemudian dah tentu, sesetengah orang akan menjadi bebas dan dapat pulang ke Rumah asal mereka, menjadi Diri asal yang megah semula. Kemudian mungkin mereka kembali ke dunia ini untuk bantu orang lain yang terbenam dalam kejahilan, sama seperti mereka sebelumnya.

Adakah saya beritahu anda bilangan penduduk di alam penyayang? Mungkin tidak. Ada kira-kira 13,500 juta makhluk di sana. Mereka kelihatan seperti manusia tetapi tak bersifat fizikal. Walaupun bilangan mereka melebihi musuh yang menyerang mereka, alam lawan – alam lawan hanyalah 300,000 saja, masih ingat? Namun mereka dapat menindas bilangan yang lebih besar di alam penyayang kerana alam penyayang, seperti yang saya dah kata, tak dapat berlawan. Mereka tak diprogramkan utk berlawan. Jadi jika sesuatu menyerang mereka, mereka perlu meminta bantuan. Nasib baik, kami sangat berhubungan. Kami dapat dengar kata-kata mereka dan dapat bantu mereka. Tetapi alam gangu keamanan juga ada bilangan yang lebih besar daripada alam lawan. Itu lebih kurang 958,222 entiti. Tetapi begitu pun, kami mengalahkan mereka selepas pertempuran sengit. Kemudian kami sudah hapuskan mereka.

Tetapi terdapat lebih banyak alam, walaupun mereka bukan syaitan, namun mereka membawa jenis tenaga ganas. Dan dengan karma buruk dan standard hidup manusia yang menjatuhkan martabat, bersama-sama, mereka buatnya sukar bagi Makhluk Syurga dan diri saya juga, sukar untuk menang dgn begitu senang, tetapi kita berada di sebelah menang. Saya dah beritahu anda. Jadi jangan terlalu susah hati, jangan terlalu murung. Kita masih ada harapan yg sangat besar untuk menyelamatkan planet ini untuk makhluk baik saja. Itu masalahnya. Meskipun kita berjaya menyelamatkan planet ini, planet ini takkan binasa, hanya orang baik, makhluk baik, entiti baik akan dibenarkan untuk berada di sini. Pengadilan akhir akan diputuskan oleh Syurga Tertinggi, oleh Tuhan. Jadi bukanlah jika anda kaya dan terkenal, maka anda boleh terselamat, bukan macam itu.

Oh, seperkara lagi! Tempoh hari, sesetengah hantu ghairah yg tertinggal juga datang menimbulkan kesusahan untuk saya, beritahu saya segala berita palsu dan sebagainya. Jadi saya minta Raja Keselamatan supaya tangkap dan bawa mrk ke neraka, kepada hantu ghairah lain yang tidak mengikut Raja mereka pergi ke tempat di atas Tiga Alam yang saya berikan kepada mereka. Tetapi sebelum mereka pergi, oleh sebab ada sesuatu yang lebih membimbangkan, sesuatu yg lain, jadi saya tanya mereka, “Kenapa engkau buat begitu? Kenapa engkau tidak mengikut Rajamu untuk datang ke dunia yang aku tawarkan kepada engkau – beratus-ratus ribu, berjuta-juta kali lebih baik daripada sini, lebih baik daripada tempatmu? Kenapa engkau perlu malah datang ganggu aku?” Saya berkata, “Kenapa engkau tidak suka akan alam sebegini? Engkau lebih suka jenis alam ini? Engkau belum cuba alam itu sekali pun. Macam mana engkau tahu? Kenapa engkau tidak pergi bersama Rajamu?”

Mereka kata, “Kami mahu, tetapi kami dihalau keluar dari alam itu, dari pintu gerbang.” Saya kata, “Tapi mengapa? Siapa halau engkau?” Jadi mereka beritahu saya, “Penjagamu,” bermakna penjaga saya halau mereka keluar. Mereka beritahu saya, “Penjagamu menghalau kami keluar.” Saya kata, “Mengapa begitu?” Mereka kata, “Kerana selain rombongan Raja serta mereka yang digemari dan baik, mereka hanya benarkan saudara-mara CP engkau pergi tinggal di sana.” CP saya, orang hubung saya.

Dlm kumpulan kami, di negara-negara, bandar-bandar yang berlainan, kami ada orang-orang hubung yang berlainan untuk kemudahan orang supaya mereka boleh saling menghubungi untuk pergi bersama-sama bagi membuat sesuatu, buat kerja amal dan bantuan bencana, mungkin mengadakan bufet vegan untuk menjemput orang lain datang bagi menjadi vegan, merasa makanan vegan dan menjadi vegan serta kadangkala mencetak buku saya dan berikannya kepada orang di sana secara percuma, atau kadangkala di kedai saya ada banyak buku yang tertinggal, dalam aktiviti sebegini, mereka akan berikannya.

Atau kadangkala jika saya pergi ke sesuatu tempat, CP akan dimaklumi dan CP, bermakna orang hubung, akan beritahu saudara seamalan yg lain. Mereka akan tahu apa yang nak dibuat, ke mana nak pergi, nak buat apa atau pergi berjumpa dengan saya. Jadi itu tujuan adanya CP. Kadangkala CP juga sangat baik. Mereka keluar, mengadakan aktiviti bersama anak murid Tuhan yang lain, kemudian mereka saling menghubungi. Jika tidak, tiada sesiapa yg tahu di mana, apa yang berlaku. Hari ini, kita gunakan internet, lagi mudah.

Saya sentiasa bersyukur. Walaupun situasi atau sistem teknologi tinggi kita di sini tidak sebaik Syurga tinggi, namun tetap jauh lebih baik daripada sebelumnya. Saya rasa saya hidup dalam situasi yang lebih baik daripada raja, berkenaan dengan kerja. Dah tentu, jika tiada kerja, saya akan rasa jauh lebih senang, bersara saja, pergi ke pergunungan Himalaya di sesuatu tempat, beramal, nikmati hidup setiap hari dan bukan alami sakit kepala, risau tentang banyak perkara dalam situasi duniawi ini. Tetapi saya dah gembira dengan saya ada begitu banyak kemudahan yang raja masa dahulu pun tiada. Hari ini, kita ada internet, ada telefon, walaupun lebih terhad dalam situasi saya, namun tetap boleh bekerja dan jauh lebih baik daripada apa yang kerabat diraja miliki dalam kehidupan dulu, berabad-abad dahulu atau berdekad-dekad dahulu.

Photo Caption: Kecantikan atau/dan Kualiti, Nikmati Apa-apa Saja yang Ditawarkan dan Sentiasa Bersyukur kepada Tuhan!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (4/11)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-15
2170 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-16
1730 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-17
1506 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-18
1373 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-19
1161 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-20
77 Tontonan