Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Itu suatu masalah semasa kita ada banyak ego yang besar. Maka kita membuat kesilapan. Kita hanya nak lakukan sesuatu untuk menguntungkan diri atau apa-apa saja cara yang kita mahu dan tak mempertimbangkan orang lain atau perkara lain, maka kita membuat silap. (Ya.) Harus gunakan kepintaran tapi ego mengaburkannya. Meskipun orang ada kepintaran jika mereka ada ego, mereka menjadi kurang pintar. Jika ego terlalu tinggi, maka peringkat terlalu rendah. Pasti macam itu. Tiada kekecualian kamu ada banyak ego dan peringkat tinggi pada masa yg sama. Tidak. Saya dah lihatnya. Saya dah lihatnya. Jika kuasa positif dah rendah sangat dan ego mereka tinggi, meskipun mereka positif, tapi rendah, di sempadan, maka kuasa negatif tetap boleh mempengaruhi mereka. Mungkin bukan 24 jam tapi pada bila-bila masa mereka mahu atau peluang timbul untuk halang amalan mereka. Tapi meskipun kamu ada ego, kamu perlu berdoa kepada Syurga, dewa-dewi, pelindungmu, Kuasa Guru, “Tolong bantu aku hapuskan ego.” “Tolong bantu aku menjadi lebih rendah diri, tak mementingkan diri.” Bukan kerana nak naik tinggi-tinggi tapi menjadi tak mementingkan diri dan rendah diri adalah baik. Kerana semua orang akan sukai kita Semasa semua orang sukai kita, ini bermakna ada suasana gembira. Semasa kita ada suasana gembira, segala berjalan lancar bagi semua orang. Mereka tiada duri dalam hati mereka disebabkan kehadiranmu, disebabkan kesilapanmu, disebabkan sikapmu yang suka bertengkar atau disebabkan mentaliti suka mendesak. Jadi ini juga suatu khidmat kpd manusia dan semua makhluk jika kita tak mementingkan diri, tiada ego. Saya pun sentiasa mengkaji diri. Saya tanya, “Adakah aku masih ada ego?” Sekali-sekala, saya kaji utk memastikan. Saya berkata kepada Syurga, “Jika aku memudaratkan sesiapa dengan apa-apa cara pun secara tak sengaja atau tidak, tolong memampasi mereka.” “Keluarkan dari akaun bank pahala spiritual aku dan berikannya kepada mereka mengikut perolehan mereka dan melebihinya.” Kita perlu sentiasa rendah diri, mengkaji diri di dalam, sama ada ia daripada ego atau tidak. Dah tentu, kadangkala ia daripada karma dan sebagainya. Tapi ada ego adalah sangat buruk juga, buruk untuk semua orang, bukan kita saja. Ia merupakan halangan dalam kemajuan spiritual kita dan duri dalam kaki semua orang di sekeliling kita. Ia menyebabkan banyak kehancuran, kesusahan.