Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Hrvatski jezik
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Hrvatski jezik
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Meningkatkan Diri Menjadi Orang yg Sangat Mulia, Sanggup Berkorban, Bahagian 2 daripada 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Fikirkannya sebelum berdoa, sama ada kamu dapat lakukannya dulu atau tidak. Jika memang tak dapat, tiada penyelesaian lain, maka okey, kuasa Guru boleh bantu kamu. Tapi jangan salahgunakannya, okey? Buat kamu jadi malas, buat kamu jadi tak berani, buat kamu jadi tak pintar, jadi seperti mayat yg bergerak. Itu tak baik. Saya tak mahu kamu menjadi mayat yg bergerak. Saya mahu kamu menjadi orang yg aktif. Lebih baik drpd sebelumnya. Bantu orang lain. Sentiasa mengutamakan orang lain. Tak begitu senang, dah tentu. Tapi latihlah diri. Cuba membuat apa-apa yg baik utk orang lain, cuba gesa diri utk melakukannya.

Pada waktu inisiasi, kamu dah bebas. Kamu hanya perlu terus lakukannya. Okey? Kamu ada saudara seguru, segalanya baik dgn kamu. Jadi saya tak benar-benar risau tentang kamu. Meskipun saya tak lihat kamu, saya tak risau. Cuma kamu suka lihat saya, jadi okey, saya cuba datang. Tapi saya risau tentang orang lain, tentang planet ini, tentang dunia, tentang mangsa yg tak berdaya, tentang alam semesta. Jadi saya juga perlu memperkuat diri dari segi rohani untuk menjaga segalanya yg boleh.

Tapi saya dah kata saya tak begitu risau tentang kamu. Kerana kamu ada saya. Orang lain, mereka tiada. Mereka tiada apa-apa pun utk bergantung, berdoa. Mereka berdoa kpd Tuhan dan kata Tuhan tak jawab. Mereka berdoa kpd Buddha, mereka kata Buddha abaikan mereka. Jadi saya risau tentang orang ini. Okey? Jadi jika mereka perlukannya, kita berikan apa-apa saja keselesaan yg kita ada. Untuk kegunaan kecemasan. Dah tentu, saya tak dapat menjaga seluruh dunia setiap hari, berikan apa-apa saja yg diperlukan. Tapi dlm kes kecemasan, kes bencana, kita berikan. Saya tak kesal. Jadi atas sebab itu, kamu ada apa yg kamu ada di sini. Okey?

Meskipun kamu tiada saya, jika kamu ada rumah, pekerjaan yg baik, pendapatan keluarga yg stabil, kamu dah harus rasa bahawa kamu bertuah. Lebih baik drpd berjuta-juta atau berbilion-bilion orang yg tiada pekerjaan, tak berumah, rumah disita atau mata pencarian dihancurkan, segala-galanya. Kita perlu sentiasa bersyukur. Terima kasih.

Saya suka orang macam itu, benar-benar hargai apa yg dia ada. Okey? Itu contoh yg baik. Saya akan beritahu kamu satu lagi contoh yg baik. Nak dengar tak? (Ya.) Ada sebuah keluarga, keluarga saudaramu yg telah terima inisiasi. Dia tinggal jauh dari sini. Di sebuah negara yg tiada saudara seguru. Sekarang mereka ada lebih banyak sikit, 12, 13. Dulu mereka tiada sesiapa pun. Sewaktu kita membuat siaran televisyen, mereka bukanlah kaya sangat atau apa-apa, tapi mereka cari jalan untuk menyiarkan Supreme Master Television di seluruh negara mereka. Hanya sebuah keluarga, empat orang. Tiada orang yg suruh, mereka lakukannya sendiri. Kemudian lepas itu kita tiada Supreme Master Television lagi kerana saya nak bertumpu pada usaha selamatkan planet ini dulu, okey? Jika tiada planet, tiada televisyen. Oh, kita menyeru semua orang supaya cuba lakukannya, Jadi Vegan, Pelihara Alam, Berdamai, tapi mereka terlalu lambat! Saya perlu segera balik Rumah dan dapatkan sesuatu.

Sekarang, lepas itu, mereka beralih, mereka tukar. Dah tentu, tiada televisyen lagi untuk disiarkan, mereka buka restoran Loving Hut. Empat orang. Di negara itu, tiada makanan vegan, tiada apa-apa pun kecuali kacang dan nasi. Kamu tahu akannya. Sesetengah negara tiada apa-apa pun. Saya tertanya-tanya sama ada mereka dapat beli kicap pun. Semasa saya pergi ke negara-negara di Amerika Tengah, mereka tak tahu apa itu kicap Maggi. Tak tahu apa-apa pun tentangnya. Tauhu, “Apa?” juga. Jadi keluarga ini buat tauhu sendiri. (Wau!) Buat daging gluten sendiri. Buat segalanya yg lain sendiri, susu soya, apa-apa saja. Mereka perlu buatnya dengan sendiri. Di negara itu, orang juga tak faham apa itu makanan vegetarian. Mereka buat segalanya sendiri, empat orang saja. Tak pernah masak sebelumnya, tapi cuba. Belajar memasak.

Kemudian, apa yg lagi mengharukan: Mereka semua malah bangun pada pukul 4 pagi utk bermeditasi setiap hari walaupun ada perniagaan ini. Tahulah, restoran ialah kerja yg sangat sibuk. Bangun awal, tidur lewat. Kadangkala pelanggan tak nak pergi dari situ. Berada di sana dan minum kopi. Satu espreso, satu jam. Tak henti-henti bercakap. Tetap bangun setiap pagi pada pukul 4, bangun dan bermeditasi.

Itu apa yg saya panggil dedikasi. Itu apa yg saya panggil pengamal yg ikhlas. Jadi jika kamu tak lakukan mana-mana drpd ini, jangan merungut kpd saya dan jangan doakan apa-apa pun. Harus lihat dulu sama ada kamu buat kerjamu sebelum sentiasa minta saya buat kerja saya yg bukan kerja saya pun. Kita dah tanya, kita dah setuju, kita datang ke inisiasi utk Tuhan, kan? Untuk balik ke Rumah, kan? Untuk mengenali Diri yg agung dan minimum pembebasan lima, enam atau tujuh generasi. Itu saya janji dan itu apa yg saya buat. Saya buat segalanya yg saya janji kpd kamu.

Dah tentu, bantu kamu juga, dah tentu, semasa kamu dalam kecemasan atau alami kemalangan. Kamu semua dah tahu akannya. Jika kamu tak alaminya sendiri, saudara segurumu telah ceritakan banyak kisah tentangnya kpd kamu. Bukanlah saya abaikan kamu atau hanya amalan spiritual dan tak buat apa-apa yg lain untuk kamu. Betul tak? Kamu tahu, kan? (Ya.) Adakah kamu tahu bahawa kamu akan alami kemalangan sebelum memandu kereta keluar? Tidak, kamu tak tahu, kan? Oleh itu, kamu tak doakan bantuan Guru pun. Tapi Guru tetap berada di sana utk kamu. Jadi apa gunanya semua permintaan yg bukan-bukan di dalam atau di luar ini? Dan membuat kacau.

Dua bulan ini atau beberapa minggu ini, saya hanya mahu berada di sini utk kemajuan spiritualmu saja agar kamu boleh mendapat manfaat maksimum. Itu maksud saya, okey? Jadi lima rukun tak semestinya bermakna wang atau harta benda saja. Dari segi rohani juga. Okey? Kamu ada apa yg diperlukan. Sentiasa berdoa, jika perlu berdoa, hanya kata, “Tuhan, buatlah apa-apa saja yg baik utk aku atau keluargaku dlm hayat ini. Bantu aku beramal.” Itu saja yg kamu doakan. Setiap hari kamu bersyukur kpd Tuhan atas hari yg baik. Hari yg baik atau buruk. Kerana hari yg buruk ialah hari yg baik juga.

Kadangkala suamimu tinggalkan kamu, kamu rasa, “Oh, dahsyatnya! Apa jenis Tuhan ini! Kau tak bantuku mengekalkan perkahwinan.” Tidak! Mungkin dia tak baik utk kamu lagi! Dia harus pergi agar kamu bebas. Mungkin kamu akan temui lelaki yg lebih baik tak lama lagi. Mana tahu? Jadi jangan berpaut pada apa-apa apabila dah tamat masanya. Harus lepaskan segalanya. Hanya berdoa, “Tolonglah, apa-apa yg baik untukku, Kau biarnya berlaku.” Kemudian itu akan berlaku.

Meskipun kamu ada sedikit kesakitan di sana sini, ia baik utk kamu juga. Mengapa? Kerana kamu tidak bermeditasi dgn secukupnya! Kamu perlu melangsaikan karma (balasan) buruk dengan begitu. Maka ia baik utk kamu. Atau kamu lebih suka baik saja, tak bermeditasi langsung, kemudian pergi ke Peringkat Astral apabila mati? Kamu lebih suka itu? (Tidak.) Tidak. Jadi terimalah segalanya, okey?

Berdoa agar kamu ada kekuatan utk menahannya. Berdoa agar Tuhan, Syurga aturkan apa-apa saja yg baik utk kamu dan kamu menerimanya. Dah tentu, ini tak bermakna semasa ada kesakitan, kamu tak pergi ke hospital atau jumpa doktor. Buatlah apa-apa saja. Okey? Buatlah apa-apa saja yg perlu. Tapi jangan bawa masalahmu ke tempat meditasi kita, ke tempat meditasi berkumpulan di kawasanmu pun. Pastikannya bersih dan murni agar apabila semua orang datang, mereka akan bermandi dlm berkat ini, tak tercemar oleh sebarang nafsu atau masalah duniawi.

Dan jangan sentiasa serahkannya kpd saya. Jika kamu perlu ambil peperiksaan, belajarlah bersungguh-sungguh! Jika kamu mahu anak kasihimu, jadilah ibu bapa baik yg penyayang, memahami. Jadi kawan, bukan diktator yg mengawal di rumah. Oh, saya tahu, begitu senang utk mengawal. Kerana kamu ada segala kuasa. Mereka sentiasa perlu tanya kamu utk segalanya. Mereka sentiasa perlu bergantung padamu utk segalanya. Sedikit wang saku, sedikit hidangan, motosikal kecil. Fikirlah tentang mereka, jika kamu adalah mereka. Mereka bergantung pada kamu. Adalah amat mengecewakan bagi mereka, terutamanya mereka sedang membesar. Mereka seseorang yg penting di depan kawan mereka. Di rumah, mereka seperti orang lemah, sentiasa perlu meminta segalanya. Dah tentu, kamu rasai kuasamu. “Tidak, John! Bukan hari ini! Bukan sekarang!” “Tidak! Saya akan fikirkannya.” “Keluar!” “Buat ini, buat itu, jika tidak!” Faham maksud saya?

Jadilah ibu bapa yg baik, penyayang, bertimbang rasa. Saya tak maksudkan memanjakan anakmu tapi bertimbang rasa. Fikirkan apa yg akan kamu buat jika kamu adalah mereka. Jangan manjakan mereka dan jangan beli benda yg tak perlu kpd mereka. Tapi jangan terlalu banyak mengawal mereka. Kemudian mereka akan kasihimu. Mereka akan tinggal bersamamu. Jika kamu dah buat semua ini tapi mrk tinggalkanmu, maka okey, karma (balasan) dah habis. Ini bermakna antara kamu berdua, tiada hubungan karma lagi sekarang. Jangan minta saya pergi tangkapnya. Saya bukan polis dan tak berniat utk mengawal anak lelaki, anak perempuanmu. Ini tugasmu. Okey? Ini tugasmu utk membesarkan mereka, berkawan dgn mereka agar mereka percaya kpd kamu dan rasa selesa di rumah, agar mereka tak lari dari rumah.

Setiap remaja yg lari dari rumah ada sebabnya. Pertama, mungkin di rumah tak selesa. Kedua, pengaruh buruk di luar. Jadi lihatlah apa itu dan cuba bantu anakmu. Okey? Jangan terlalu salahkan mereka, terlalu keras terhadap mereka, terlalu banyak mengawal mereka. Maka dah tentu mereka lari dari rumah. Di luar mereka tak dapat bergaul dgn rakan sebaya dan ada tekanan drpd mereka, kemudian di rumah, mereka tiada persefahaman drpd ibu bapa. Dah tentu, mereka lari dari rumah. Mereka tiada tempat utk pergi, tak tahu apa yg nak dibuat.

Sekolah kadangkala ialah masalah bagi remaja. Kamu perlu sentiasa bersama mereka, tanya mereka, biar mereka percaya kpd kamu agar mereka boleh beritahu kamu segalanya. Kerana kadangkala di sekolah, remaja dibuli tapi tak berani beritahu ibu bapa atau guru mereka kerana mereka diancam atau sesuatu, atau tak percaya kpd ibu bapa di rumah. Kerana ibu bapa tak faham, sentiasa mendesak dan buat mereka lakukan sesuatu, mengawal mereka dan bukan cuba memahami apa masalah mereka. Membesar dah pun merupakan masalah yg besar bagi remaja. Hormon meningkat, remaja bersaing, rakan sebaya membuli dan segala jenis perkara yg beri tekanan kpd remaja. Jika kamu menekan mereka juga, kamu pasti akan kehilangan mereka.

Jadilah ibu bapa yg baik. Apa-apa pun antara kamu, karma baik, karma buruk, cubalah terimanya dan jadi ibu bapa yg baik agar dapat bantu orang lain menjadi baik. Meskipun orang itu, kamu rasa, “Mungkin dia bukan kawanku dlm hayat silam,” namun kamu bersama sekarang, kamu perlu berkawan dengannya. Jagalah mereka. Okey? Jangan sentiasa berdoa, “Guru, buatlah anakku jadi anak lelaki baik, anak perempuan baik.” Macam mana saya lakukannya? Jika kamu asyik menekan, maka dia akan buat apa yg dibuatnya.

Kamu bukan baik saja, kamu perlu baik terhadap anakmu. Anakmu, kawanmu atau sesiapa saja yg bergantung padamu. Dan jiran. Okey?
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/2)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android