Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Tuhan sentiasa bersama kita. Dia tidak pernah tinggalkan kita sekarang atau di akhirat atau sesekali. Dia sentiasa hadir, sentiasa di sini, sentiasa dekat, sentiasa di mana-mana saja, cuma kita tidak mengetahuinya kerana kita telah putus hubungan.
Itu Serta-merta! Kerana Kita Sudah Ada Semua Kelengkapan “Tuhan sentiasa bersama kita. Dia tidak pernah tinggalkan kita sekarang atau di akhirat atau sesekali. Dia sentiasa hadir, sentiasa di sini, sentiasa dekat, sentiasa di mana-mana saja, cuma kita tidak mengetahuinya kerana kita telah putus hubungan. Tugas yang diberikan oleh Tuhan kepada saya dalam hidup ini adalah bantu kamu berhubung semula dengan Bapa agungmu, Bapa kita. Kemudian kamu akan alami bahawa kita ialah satu entiti, bahawa kamu dan saya adalah sama, dan bhw kita dan Tuhan ialah satu entiti. Ia berlaku dengan serta-merta dan akan berterusan setiap hari apabila kamu terus menjalin hubungan dengan Tuhan semula. Itu dengan serta-merta kerana kita sudah ada segala kelengkapan. Sama seperti dengan tenaga elektrik, kita hanya perlu memasang palam dan lampu menyala.” Mahaguru ialah Nama Bapa “Mahaguru Ching Hai bukanlah nama saya. Itu nama Bapa. Saya tahu kamu ‘takut akan’ nama itu, tapi jangan! Tuhan mahu saya bernama itu supaya anak-anak-Nya tahu bahawa Dialah yang bercakap, bukan manusia yang bercakap dgn kamu. Ego saya rasa sangat cemas pd mulanya. Saya khuatir orang akan menyusahkan saya tetapi Tuhan baritahu saya, ‘Jangan risau.’ Dia tahu apa yang hendak dibuat. Apa-apa yang diperintahkan oleh Tuhan, saya perlu lakukan. Selepas mengenali Tuhan, saya tiada hal peribadi, tiada masa peribadi, tiada keinginan peribadi, tiada... apa-apa pun! Saya hanya perlu buat apa-apa saja yang merupakan kehendak-Nya. Sudah tentu, ini tidak akan senang jika Rahmat Tuhan tidak melindungi kononnya ‘orang’ ini. Buddha, Nabi Muhammad SAW, Nabi Isa – Guru-guru agung ini dan banyak Guru yang lain telah mengorbankan nyawa dan menumpahkan darah Mereka supaya kita boleh aman damai dan selamat untuk mengatakan Kebenaran pada era planet kita ini.” Pada tahun 3000, Planet Ini akan Menjadi Seperti Syurga “Tidak akan ada pertumpahan darah lagi, tiada peperangan lagi, tiada salah faham lagi antara saudara lelaki dan perempuan, tiada pembunuhan mana-mana makhluk lagi, berapa kecil pun, serangga pun. Kita sedang menuju ke sana. Saya tidak tahu akan negaramu tetapi di Amerika, sekarang setiap tahun terdapat berpuluh-puluh ribu orang yang menjadi vegan disebabkan kasih sayang dan banyak sebab yang lain. Saya malah boleh datang kepada kamu hari ini, duduk di sini dan bercakap secara terbuka dengan selamat. Ini adalah tidak mungkin bertahun-tahun yang lalu. Saya terasa Rahmat Tuhan makin hari makin banyak dicurahkan, dan orang semakin menyedari Rahmat Tuhan ini. Saya begitu teruja dan gembira. Saya tidak tahu bagaimana jelaskannya kepada kamu. Kadangkala saya terasa saya hilang sabar kerana saya bekerja dengan terlalu perlahan bagi perintah-Nya. Dia hendakinya bergerak dengan lebih pantas tetapi badan ini ada hadnya dan minda manusia kadangkala ada had untuk memahami sesuatu yang hampir seperti baharu, seperti Rahmat Tuhan, walaupun ia tidak baharu sama sekali.” Saya Tidak Boleh Kenakan Bayaran atas Benda yang Sudah Kamu Miliki “Jika Tuhan berkata kita ialah anak-Nya, jika Buddha berkata kita semua ada Sifat Buddha yang sama, mengapa kita tidak dapat menjadi seperti Mereka? Kita mesti jalani kehidupan penuh kemuliaan, kehidupan penuh kebijaksanaan, kehidupan penuh kebahagiaan, kehidupan penuh kecerdikan, kehidupan penuh kuasa positif. Kita mesti kerana kita ialah anak Tuhan dan kita dapat buat begitu. Sudah tentu, saya akan tunjukkan caranya Kita tidak perlu berbelanja sekarang, di antaranya dan selepas itu. Kamu langsung tidak perlu berbelanja. Mengapa? Kerana Kerajaan Tuhan adalah milikmu, bukanlah saya berikannya kepada kamu, jadi saya tidak boleh kenakan bayaran atas benda yang sudah kamu miliki. Dan tiada apa-apa yang kamu mahukan yang takkan diberikan-Nya kepada kamu. Dia akan menjaga perincian kecil kehidupanmu termasuk menjagakan kamu apabila kamu sudah lewat. Memang! Dalam jadual yang sibuk ini, Dia menjaga saya dgn begitu terperinci sehingga saya menangis kadangkala. Saya sentiasa pergi ke negara asing hampir buat kali pertama dan tidak tahu bagaimana pergi ke mana-mana Dia sentiasa menempatkan saya di hotel yang baik dan di tepi restoran Cina, restoran, kedai Âu Lạc, atau apa-apa saja supaya saya ada segalanya yang saya perlukan. Jika tidak, barangkali saya akan kelaparan.”










