Bhakti bermaksud bakti. Kita membaktikan diri kepada Tuhan. Kita belum dapat lihat-Nya tetapi membaktikan seluruh hidup kita kepada Tuhan, seperti biksu dan biksuni. Itu dianggap sebagai Yoga Bhakti juga.
Halo! (Halo!) Rasa selesa? (Selesa.) (Guru kelihatan cantik.) Terima kasih. Terima kasih. Saya ada dengar itu. Katalah sekali lagi. (Guru kelihatan cantik.) Saya tak maksudkan nak kamu semua kata bersama-sama. Lawak, mengapa kamu semua kelihatan begitu elok selepas bersuluk. Mengapa? (Guru kelihatan cantik.) Tidak. (Seperti puteri.) Betul juga. Saya susut badan sikit. Kadangkala suluk saya berjalan lancar, kadangkala tidak. Bergantunglah. Terima kasih. Ya! Saya di sini, selamat. Kamu berdua masih di sini? Bagus! Buddha Amitabha. Macam mana kamu kata ‘Buddha Amitabha’ dalam bahasa Korea? (Amitabha.) Amitabha! Oh, sangat mudah! (Ya.) Amitabha!
Hei! Kamu okey di sana? Kamu kembali? Dari Afrika Selatan? (Dari Amerika kali ini.) Dari Amerika? (Ya.) Saya ingat kamu di Afrika Selatan, bukan? (Dulu.) Tapi sekarang kamu di Amerika? (Ya.) Perjalanan yang panjang. Maksud saya, begitu pun, kembali ke sini ialah perjalanan yang sangat panjang. Wau, rajinnya kamu! Lelaki kacak menarik kamu? (Tidak, Guru menarik saya.) Apa khabar, semua? (Khabar baik.) Sangat bagus! Bagus mendengar itu. Ada permintaan khusus? Tiada. Itu bagus. Saya harap kamu jawab, “Tiada.” Ya, tiada masalah. Ini bermakna tiada masalah. Tiada – tiada masalah. Dapat lihat saya tak dari sana? Jauh, dapat tak sana? Jika kamu tak dapat lihat saya, maka kamu bayangkan rupa saya 20, 30 tahun dahulu.
Saya berfikir pada hujung minggu ini saya nak berehat. Kerana kadangkala kita perlu berehat daripada tak buat apa-apa pun. Tapi kita ada berita baik. Kita ada berita baik: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan semua negara di dunia tandatangani protokol kurangkan daging. Bersetuju mengurangkan daging. Paling baik tiada daging. Jadi ia menjadi rasmi sekarang. Saya harap mereka mara ke depan. Menjadi tanpa daging. Bukan kurang daging tetapi tanpa daging. Langsung tiada daging. Sebab itulah saya datang meraikannya bersama kamu. Saya nak ucapkan terima kasih kepada kamu semua, yang baik, yang buruk, yang di tengah-tengah, ‘tak baik, tak buruk’, di antaranya; yang berkulit hitam, putih, kelabu, di tengah-tengahnya, coklat, warna kopi, warna susu kopi – terima kasih kepada kamu semua. Baik atau buruk, saya berterima kasih kpd kamu atas apa-apa saja yg kamu buat, sedikit saja pun, untuk menyumbang kepada hasil ini. Kita sangat gembira. Ia akan tercapai. Saya tak nak beritahu kamu bila kerana apabila saya beritahu kamu sesuatu, ia ditangguhkan dan saya tak suka itu. Atau ia dihancurkan. Saya tak suka itu. Jadi saya tak beritahu kamu berapa lama. Saya biar kamu terliur dan menunggu hari tanpa daging tiba.
Saya sangat gembira dengannya. Jadi saya cuba lebih banyak bersuluk, beberapa hari saja pun. Lebih baik daripada tidak sama sekali. Saya baru tamat bersuluk tiga minggu, kemudian kembali utk jumpa dgn kamu, adakan keramaian bersama artis-artis, kemudian saya bersuluk empat hari lagi hingga tadi. Saya baru keluar hari ini. Ada kelihatan berbeza tak? Tidak? (Ya.) Memang! Saya memang kelihatan berbeza sikit. Lebih tua! Empat hari lebih tua. Empat hari setengah. Tak kisah. Kadangkala saya ada suluk yang sangat baik, kadangkala sangat meletihkan. Banyak mengatur, melawan serta melindungi diri sendiri dan seseorang yang memerlukan perlindungan dalam kes istimewa, bukan hanya kes biasa. Kerana adalah macam itu, apabila kita terkenal atau menentang sesuatu yang sudah berakar umbi dan menjadi yang utama dalam masyarakat, maka sesetengah orang sayangi kita, sesetengah orang tak sayangi kita. Atau sesetengah orang datang atas sesuatu sebab atau mahukan sesuatu daripada kita. Mereka berharap kita boleh hula-hop, buat sesuatu menjadi sempurna tetapi kita tidak kerana karma mereka terlalu berat. Mereka juga tak suka kita, kemudian menguji kita. Menguji dengan cara-cara yang berlainan dan tak sentiasa menyelesakan. Kerana mereka berfikir, “Oh! Orang kata kamu ialah ini dan itu. Kamu ialah Guru tapi tak dapat buat apa-apa pun. Jadi sekarang saya boleh buat sesuatu untuk lihat sama ada kamu boleh... Apa yang boleh kamu buat dengannya?” Mungkin saya tak buat apa-apa pun tapi saya tetap perlu lindungi diri sendiri dan ini memerlukan kerja. Saya juga perlu melindungi orang yang bekerja di sisi saya, orang yang berkaitan dengan ini.
Minta maaf, karma saya sentiasa berat, jadi saya tak sentiasa ada masa untuk... atau mengawalnya. Seperti sebelumnya, saya sudah di sini pada Ahad dan ingin berada di sini bersama kamu sehingga Selasa atau Rabu, sehingga semua artis dan kamu dah balik. Tapi saya tak dapat. Sesuatu berlaku. Jadi saya perlu tinggalkan sini dan kembali semula, tinggalkan sini lagi dan kembali semula. Saya minta maaf. Saya tak dapat sentiasa buat apa yang kamu mahu atau saya mahu pun. Saya tak begitu bebas. Terlalu banyak karma. Maafkanlah saya. Karma saya sangat berat. Apa yang boleh saya buat? Apabila kita ada karma yang berat, maka kita ada karma yang berat, maka kita perlu menghadapinya dengan cara-cara yang berlainan. Maafkan saya jika saya tak dapat sentiasa buat apa yang kamu jangkakan atau bersama kamu semasa kamu mahu. Dalam hidup, kita tak sentiasa mendapat apa yang kita mahukan. Yang penting, kita boleh hidup dgn apa yang kita ada dan berpuas dengannya.
Saya tak senang hati dengan tidak bersama kamu sepanjang masa dari Ahad ke Selasa, perayaan artis. Saya tak senang hati tetapi terimanya saja. Saya harap kamu memaafkan saya kerana banyak orang asing datang dari jauh. Penerbangan selama 20, 30 jam untuk datang ke sini. Saya tak maksudkan artis saja. Saya maksudkan orang kita, saudara-saudara kita. Mereka datang dari tempat yg jauh sangat. Mereka menyimpan wang untuk itu tapi saya tiada di sana untuk mereka. Selepas majlis itu, saya terpaksa segera tinggalkan sini. Saya tak begitu senang hati dengan itu. Saya harap mereka memaafkan saya. Perlu sentiasa memaafkan saya. Saya tiada sebarang alasan. Meskipun saya ada, maafkanlah saya. Nasib baik saya masih hidup dan itu apa yang kamu mahu, kan? Tak tercalar. Mungkin sedikit calar tapi saya menyembunyikannya. Kamu tak nampak apa-apa pun. Saya sentiasa ceria, kelihatan elok, lebih muda setiap hari. Kamu harap. Saya harap.
Jadi, tahniah. Hasrat, impian, harapan, kerja kamu telah membuahkan hasil. Belum 100% matang tetapi dah berbuah, kan? (Ya.) Wau! Saya berterima kasih kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan pemimpin semua negara atas keputusan bijak mereka. Kita berdoa agar mereka akan terus bijak, mengimplementasikan apa yang telah mereka tulis dan tandatangani. Sama seperti banyak undang-undang berkenaan haiwan, seperti perlindungan untuk haiwan, tidak biarkan haiwan menderita, takut atau apa-apa pun. Tapi jika kita terus makan daging, maka haiwan akan alami semua itu dan lebih banyak di belakang kita. Kita tak tahu akannya pun. Orang tak tahu. Memang macam itu. Kebanyakan orang sangat baik hati dan menyayangi haiwan. Jika mereka nampak haiwan menderita di depan mata mereka, saya pasti mereka akan buat apa-apa saja untuk menyelamatkannya, menyelamatkan haiwan. Cuma mereka tidak dapat mengaitkan antara potongan daging yang berada di atas kaunter cantik dengan lembu yang dikurung di dalam ruang tak dapat bergerak sepanjang hidupnya. Mereka tak tahu. Mereka tak berfikir. Terlalu sibuk. Memang macam itu. Apabila terlalu sibuk, kita tiada masa untuk berfikir, mengaitkannya, mengkaji sesuatu perkara atau ingin berfikir apa ialah apa. Kita balik ke rumah dengan letih dan dah rasa bertuah ada sesuatu untuk dimasukkan ke dalam ketuhar mikrogelombang atau dipanaskan, kemudian makannya. Kita tak berfikir pun. Orang yang kesian, memang. Maya begitu bijak dalam mengaburkan semua orang hingga sekarang. Memang macam itu. Sebab itulah saya sentiasa rasa bersimpati dengan semua orang. Orang yang memudaratkan saya dulu atau sekarang pun, saya rasa bersimpati dengan mereka. Mereka terlalu jahil, terlalu banyak diracun, dibasuh otak dan terlalu membuta. Kita tak bercakap tentang itu. Kita gembira. Terima kasih.
Terima kasih, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan semua negara. Semoga Tuhan rahmati kalian selama-lamanya dan kami kasihi kalian. Ada tak? (Ya.) Ya. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua orang vegan di luar, semua orang, semua kumpulan, semua pertubuhan, semua kerajaan, sesiapa saja yang mempromosikan cara hidup vegan berbelas kasihan bagi menyelamatkan dunia kita untuk kita dan generasi akan datang, meskipun hanya dalam hati kalian, kalian berharap dunia menjadi vegan, serta semua kerajaan yang meluluskan, gubal undang-undang atau akan menggubal undang-undang untuk rakyat mengamalkan diet vegan yang berbelas kasihan, sihat. Saya berterima kasih kepada kalian. Semoga kalian teruskan perbuatan mulia ini bagi menyelamatkan dunia kita dan planet ini untuk generasi akan datang. Semoga Tuhan rahmati kalian selama-lamanya.
Saya tak tahu sama ada saya dah baca ini. Di India, ada banyak jenis amalan. Saya menulis sesuatu kadangkala tapi saya tertanya-tanya sama ada dah bacanya atau belum. Ini dah baca, saya rasa. Yang ini mungkin belum. Semua artis ini bercakap seperti kamu, seperti mereka ialah anak murid saya. Saya harap orang di luar tak berfikir saya bayar berapa banyak kepada mereka untuk ucapan mereka. Ya, sesetengah orang mendapat bayaran untuk ucapan bertulis jika kita orang penting. Andai kata saya seorang perdana menteri, pulau kecil atau sesuatu pun, jika mereka jemput saya pergi ke sesuatu tempat, memberikan ucapan, sama ada saya sendiri menulisnya atau setiausaha saya menulisnya, atau mereka tulisnya dan saya hanya baca, maka saya akan mendapat sesuatu. Gurumu tak pernah mendapat apa-apa pun. Peduli apa?
Dunia ini menjadi vegan. Saya melompat, menari berseorangan di dalam pejabat kecil saya. Saya menari bersama anjing saya. Saya kata, “Kau tahu tak? Dunia ini akan menjadi vegan! Dunia ini akan menjadi vegan!” Jika kamu nampak saya, kamu akan berfikir, “Ada sesuatu yang tak kena dalam fikiran Guru. Mungkin kita harus cari Guru lain.” Kamu cubalah. Ada begitu banyak guru, terkenal dan tak terkenal, banyak. Tak banyak sangat tapi maksud saya agak banyak. Cukup baik untuk orang yang ingin beli-belah. Saya juga pergi beli-belah sehingga temui Kaedah Quan Yin dan berhenti.
Yang ini saya tak tahu sama ada saya dah baca atau belum. Tentang perhatian penuh. Belum? (Belum.) Belum. Okey, kamu bertuah. Maka saya boleh bacanya untuk kamu. Di India, ada banyak jenis amalan. Salah satu daripadanya dipanggil Yoga Bhakti, bermaksud amalan berbakti. Bhakti bermaksud bakti. Kita membaktikan diri kepada Tuhan. Kita belum dapat lihat-Nya tetapi membaktikan seluruh hidup kita kepada Tuhan, seperti biksu dan biksuni. Itu dianggap sebagai Yoga Bhakti juga. Semua jenis pendeta lelaki dan wanita di dunia kita, sama ada penganut Katolik, agama Buddha, Hindu, Jainisme atau Sikhisme. Semua ini ialah Yoga Bhakti sebenarnya kerana mereka membaktikan masa dan hidup kepada khidmat kepada Tuhan, memikirkan Tuhan saja, memuja Tuhan saja, sama ada mereka dapat lihat atau tidak, dapat rasa atau tidak. Mereka memang ada visi dalaman. Ini bergantung kepada berapa berdedikasinya mereka dan berapa bertumpunya mereka dalam fikiran. Tapi sesetengah pendeta lelaki dan wanita beramal sepanjang hidup, mereka tak mencapai apa-apa pun. Seperti yang biksu Zen katakan, “Jika kita terus menggilap bata, ia takkan menjadi cermin,” kerana mereka tak tahu apa adalah yang sebenar. Tak seperti kamu, orang yang bertuah. Tapi Yoga Bhakti dalam erti kata sebenar adalah kita perlu benar-benar begitu berdedikasi sehingga lupa akan segalanya yang lain di sekeliling kita.
Satu contoh ialah Sri Ramakrishna. Dia sudah meninggal dunia tetapi sangat terkenal. Dia begitu berdedikasi kepada Ibu Kali, salah satu dewi agama Hindu. Dah tentu, orang bina kuil untuknya, sama seperti Santo lain pada masa dahulu. Apabila dah meninggal, ada kuil. Jadi itu sebabnya saya beritahu kamu bahawa saya tak bina apa-apa lagi. Bangunan dah sedia ada. Kita gunakannya untuk orang tua atau sesetengah orang yang kurang selesa atau kanak-kanak, tapi kamu bawa rumah sendiri. Hari ini, semua orang boleh bawa rumah sendiri, sangat murah. Dua puluh dolar, kamu ada sebuah rumah. Hanya buka, melentingkannya di udara, kemudian dah sedia. Melindungi kamu drpd angin dan hujan, malah salji. Menakjubkan. Dan kamu boleh bawa katil bersama kamu. Apa yg kamu perlukan hanyalah beg tidur. Khemah plastik dan beg tidur, maka kamu dah okey. Ketika saya ialah kononnya anak murid di India, saya tiada itu pun. Saya hanya ada payung. Apabila hujan, saya hanya duduk di bawahnya, tapi saya masih di sini.
Jadi Yoga Bhakti ini sangat popular di India. Walaupun banyak orang tak menyedarinya, penganut agama-agama yang berlainan mengamalkan Yoga Bhakti. Tetapi bakti sebenar adalah kita perlu benar-benar ada perhatian penuh kepada objek pujaan kita. Maka kita akan mendapat samadhi. Samadhi kecil, samadhi besar, itu tak terjamin tapi kita akan mendapat sesuatu jika kita benar-benar ada perhatian penuh. Itu juga sejenis amalan, salah satu daripada 84,000 kaedah amalan. Jika kamu hidup dengan cukup lama, kamu boleh cuba satu demi satu dan beritahu saya yang mana paling baik. Tapi saya rasa Buddha dah beritahu kita, Bodhisattva Quan Yin dah beritahu kita, Buddha Manjusri yang bijak dah beritahu kita, dan lain-lain lagi. Banyak Santo dah beritahu kita supaya amalkan Kaedah Quan Yin. Jadi kita orang bodoh ikut saja para Santo. Itu cara yang paling selamat. Tiada Tantric lain, tiada Tantra, tiada Yoga Karma, apa-apa pun.